Tajuk di atas berkaitan dengan surah al-mulk, ayat 2
Maksud ayat
Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang TERBAIK amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk, ayat 2) Perhatikan: "... untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang TERBAIK amalnya."Allah menggunakan kalimah AHSANU (TERBAIK) dan bukannya AKSARU (TERBANYAK) dalam menyatakan tujuan-Nya menguji manusia.
Kenapa AHSANU dan bukan AKSARU
Jika direnungi kembali, kita biasa mengukur sesuatu itu dengan bilangan.
Contohnya , kita sering merasakan bahawa orang yang menderma dengan nilai besar adalah lebih baik berbanding orang yang menderma dengan nilai kecil.
Jika melihat pada solat .
Contohnya solat tarawih, kita melihat pada bilangan rakaatnya. Kita sering menganggap yang melakukan 20rakaat itu adalah yang terbaik berbanding 8rakaat.
Contoh-contoh 👆 dapat dikaitkan dengan penggunaan perkataan AHSANU pada surah Al-Mulk ayat 2.Jika kita melihat dari sudut penerimaan amal, adakah Allah menerima amal berdasarkan bilangan, atau berdasarkan bagaimana amal itu dilakukan
Cuba kira renungi seorang melakukan solat sunat tarawih sebanyak 20rakaat, tapi dalam keadaan yang tergopoh-gapah berbanding seorang lagi yang hanya melakukan 8rakaat, tapi dilakukan dengan tenang, teratur dan dengan wuduk yang sempurna.
Manakah yg lebih baik .
Begitu juga dalam soal sedekah, nilai yang banyak disedekahkan, tapi dengan niat untuk menunjuk-nunjuk berbanding nilai yang sedikit disedekahkan, tapi dilakukan dengan penuh ikhlas, dalam keadaan tangan kanan menghulur, tangan kiri tidak mengetahui.
Manakah yang lebih baik
Cuba kita kaitkan kisah ini, dengan penggunaan perkataan AHSANU dalam ayat 2 surah Al-Mulk ini...
Daripada Anas bin Malik (hadis riwayat an-Nasai), pernah suatu ketika, Rasulullah saw bersabda di tengah-tengah sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini seorang ahli syurga."
Dan berlalulah seorang lelaki.
Esoknya, Rasulullah saw mengulang lagi kata-kata yang sama, dan lelaki yang sama juga keluar.
Lusanya Rasulullah saw mengulang lagi kata-kata tersebut, dan lelaki yang sama juga keluar.
Sahabat Rasulullah saw, iaitu Abdullah bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah amal lelaki itu sehingga mendapat ganjaran syurga. Maka, dia mencari alasan untuk bermalam di rumah lelaki itu selama 3 hari.
Namun, dia tidak melihat lelaki itu bangun mengerjakan qiamullail. Pendek kata, amal lelaki itu TIDAK BANYAK, dan TIADA pula perbuatan-perbuatan istimewa yang kelihatan pada lelaki itu.
Selepas 3 hari, sahabat Rasulullah saw pun bertanya,
"Aku mendengar Rasulullah saw menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi tidak pula aku melihat kau mempunyai apa-apa amal yang istimewa. Maka, beritahulah kepada aku, apa yang telah engkau kerjakan"
Lelaki itu menjawab
"Aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan tidak pula banyak amalnya. Tetapi dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad dan sangka buruk kepada saudara muslimku yang lain."
Sekarang kita dapat lihat, tanpa qiamullail, tanpa banyaknya zikir, tetapi hanya kerana hatinya yang tiada hasad dan sangka buruk, dia berjaya mendapat tempat di syurga. Kerana amalnya yang satu itu, Allah hitung sebagai yg terbaik .
"Amal yang sedikit tetapi berterusan itu, lebih baik daripada amal banyak yang tidak berterusan."
hendak menjadikan amal kita sebagai amalan yang terbaik, bukanlah mudah. Bahkan, lebih sukar daripada memperbanyakkan amal.
Kita perlu menjaga hati, pergerakan dan tindakan kita dalam amal itu. Hati perlu ikhlas, pergerakan biar teratur dan tindakan biar cermat.
sbgai contoh -solat-
SOlat dilihat seolah-olah mudah kerana kita mengerjakan 5 waktu sehari. Jika dikira logik, dalam setahun, kita sudah mengerjakan 1825 kali solat. Itu belum ditambah dengan solat-solat sunat yang lain. Jika kita lihat pada angka, kita nampak betapa BANYAKnya ia. Tetapi, persoalannya, bagaimanakah kita mendirikan solat kita
Apakah kita sudah mendirikan solat dengan cara yang terbaik ? Tanya diri .
Kita membaca surah al-Fatihah dengan laju dan tanpa penghayatan, satu pergerakan ke satu pergerakan kita lakukan dengan laju. Kadang-kala, kita bertarung pula dengan masa, hendak habis solat awal.
Ada masanya kita sengaja pula melewat-lewatkan solat. Itu tidak dikira lagi khusyuk dan tumpuan kita kepada Allah. Hati pula ada ketika berbolak-balik dengan keikhlasan dengan menunjuk-nunjuk.
Pokoknya, Allah melihat pada bagaimana kita melakukan amal dan bukannya pada berapa banyak amal kita.
Bukan banyak yang menjadi ukuran, tetapi yang terbaik mendapat perhatian.
Mari kita sama-sama perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai ahsanu amalan (amalan yang terbaik)
Tapi, harus diingatkan juga, tak semestinya nak menjadikan amal kita tu sebagai amal yang terbaik, kita perlu melakukan amal yang sedikit. Apa yang penting, setiap amal dilakukan dengan ikhlas
-Credit to Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan