Crying Like A Baby Monkey 'riniharani harani !-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

at a time when the seeds love, compassion and kindness in us grows, we will allow ourselves to bear

Orang cakap "Biar kurang rupa, jangan kurang ilmu. Biar kurang harta, jangan kurang ibadah. Biar kurang famous jangan kurang ajar

Ahad, 4 Oktober 2015

HUSNONZON

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. 
Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. 
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, 
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. 
Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, 
bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan 
Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati 
bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, 
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, 
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, 
daripada diri kita. 

Ilmu Allah sangat amatlah luas.

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.

Saudaraku 
molek cerita ni 
Ia boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari
sifat mazmumah.

Walau sehebat mana diri kita
jgn prnah brkata 
"Aku lebih baik drpd kalian"

Untuk kesedaran sahabat sekalian termasuk diri sndri... jika aku hanyut ke arah kemaksiatan... ku pinta ada yg menyelamatkan ku...

jika ku lalai ku minta ada yg menyedarkanku.. bimbinglah aku ke arah kebaikan...

Ahad, 6 September 2015

Hamba Tanpa Dosa


Bukannya aku mendukung mereka yang masih belum benar menerapkan syariat

Namun aku tahu
bagaimana perjuangan seorang hamba yang pernah hampir hangus dimakan api dosa,
kemudian perlahan-lahan merangkak,
berusaha membersihkan diri di lautan ampunan Allah.
Sulit. Berat. Bercabang.
Air mata & kegetiran sudah menjadi sahabat paling setia


Bukannya aku mendukung saudara saudariku yang masih belum tepat menerapkan syariat
Namun aku sedar
tak seorang pun manusia di dunia yg bahagia hidup dibawah keterpaksaan & tekanan


Hidayah,
akan mengalir kepada mereka yang salah pergaulannya
namun masih memiliki hati lembut untuk menerima kebenaran Allah.
Daripada mereka yg benar pergaulannya namun
selalu menganggap diri lebih baik & sempurna daripada manusia lain di dunia


Mereka bukan tak mahu menjadi baik,
Namun belum menemukan bagaimana caranya menjadi baik
Mereka bukan tak mahu kembali pada jalan lurus Rabbana,
namun mereka tak tahu jalan mana yg Allah redhai
Maka, tugas kita adalah menunjukkannya
.

Mereka bukan tak mahu menjadi insan yg bertaubat nasuha atas dosa-dosanya,
Hanya saja mereka terlalu malu jika masuk kedalam pergaulan "hamba tanpa dosa"


Semoga semakin hari,
semakin banyak insan dakwah yg menyedari.
Kita ini bukan Tuhan.
Tak pantas rasanya menjauhi seseorang hanya kerana tak sebanding level ilmu agamanya


Aku mencintai saudara saudariku,
Maka dari itu,
Aku pun ingin mereka merasakan betapa tenangnya hidup dalam koridor syariat yang telah ditetapkan

Khamis, 30 Julai 2015

Kenapa AHSANU bukan AKSARU

Tajuk di atas berkaitan dengan surah al-mulk, ayat 2

Maksud ayat
Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang TERBAIK amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk, ayat 2)  Perhatikan: "... untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang TERBAIK amalnya."Allah menggunakan kalimah AHSANU (TERBAIK) dan bukannya AKSARU (TERBANYAK) dalam menyatakan tujuan-Nya menguji manusia.

Kenapa AHSANU dan bukan AKSARU

Jika direnungi  kembali, kita biasa mengukur sesuatu itu dengan bilangan.

Contohnya , kita sering merasakan bahawa orang yang menderma dengan nilai besar adalah lebih baik berbanding orang yang menderma dengan nilai kecil.

Jika melihat pada solat .

Contohnya solat tarawih, kita melihat pada bilangan rakaatnya. Kita sering menganggap yang melakukan 20rakaat itu adalah yang terbaik berbanding 8rakaat.

Contoh-contoh 👆 dapat dikaitkan dengan penggunaan perkataan AHSANU pada surah Al-Mulk ayat 2.Jika kita melihat dari sudut penerimaan amal, adakah Allah menerima amal berdasarkan bilangan, atau berdasarkan bagaimana amal itu dilakukan

Cuba kira renungi seorang melakukan solat sunat tarawih sebanyak 20rakaat, tapi dalam keadaan yang tergopoh-gapah berbanding seorang lagi yang hanya melakukan 8rakaat, tapi dilakukan dengan tenang, teratur dan dengan wuduk yang sempurna.

Manakah yg lebih baik .

Begitu juga dalam soal sedekah, nilai yang banyak disedekahkan, tapi dengan niat untuk menunjuk-nunjuk berbanding nilai yang sedikit disedekahkan, tapi dilakukan dengan penuh ikhlas, dalam keadaan tangan kanan menghulur, tangan kiri tidak mengetahui.

Manakah yang lebih baik

Cuba kita kaitkan kisah ini, dengan penggunaan perkataan AHSANU dalam ayat 2 surah Al-Mulk ini...

Daripada Anas bin Malik (hadis riwayat an-Nasai), pernah suatu ketika, Rasulullah saw bersabda di tengah-tengah sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini seorang ahli syurga."

Dan berlalulah seorang lelaki.
Esoknya, Rasulullah saw mengulang lagi kata-kata yang sama, dan lelaki yang sama juga keluar.

Lusanya Rasulullah saw mengulang lagi kata-kata tersebut, dan lelaki yang sama juga keluar.

Sahabat  Rasulullah saw, iaitu Abdullah bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah amal lelaki itu sehingga mendapat ganjaran syurga. Maka, dia mencari alasan untuk bermalam di rumah lelaki itu selama 3 hari.

Namun, dia tidak melihat lelaki itu bangun mengerjakan qiamullail. Pendek kata, amal lelaki itu TIDAK BANYAK, dan TIADA pula perbuatan-perbuatan istimewa yang kelihatan pada lelaki itu.

Selepas 3 hari, sahabat Rasulullah saw pun bertanya,
"Aku mendengar Rasulullah saw menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi tidak pula aku melihat kau mempunyai apa-apa amal yang istimewa. Maka, beritahulah kepada aku, apa yang telah engkau kerjakan"

Lelaki itu menjawab
"Aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan tidak pula banyak amalnya. Tetapi dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad dan sangka buruk kepada saudara muslimku yang lain."

Sekarang kita dapat lihat, tanpa qiamullail, tanpa banyaknya zikir, tetapi hanya kerana hatinya yang tiada hasad dan sangka buruk, dia berjaya mendapat tempat di syurga. Kerana amalnya yang satu itu, Allah hitung sebagai yg terbaik .
"Amal yang sedikit tetapi berterusan itu, lebih baik daripada amal banyak yang tidak berterusan."

hendak menjadikan amal kita sebagai amalan yang terbaik, bukanlah mudah. Bahkan, lebih sukar daripada memperbanyakkan amal.
Kita perlu menjaga hati, pergerakan dan tindakan kita dalam amal itu. Hati perlu ikhlas, pergerakan biar teratur dan tindakan biar cermat.

sbgai contoh -solat-

SOlat dilihat seolah-olah mudah kerana kita mengerjakan 5 waktu sehari. Jika dikira logik, dalam setahun, kita sudah mengerjakan 1825 kali solat. Itu belum ditambah dengan solat-solat sunat yang lain. Jika kita lihat pada angka, kita nampak betapa BANYAKnya ia. Tetapi, persoalannya, bagaimanakah kita mendirikan solat kita

Apakah kita sudah mendirikan solat dengan cara yang terbaik ? Tanya diri .

Kita membaca surah al-Fatihah dengan laju dan tanpa penghayatan, satu pergerakan ke satu pergerakan kita lakukan dengan laju. Kadang-kala, kita bertarung pula dengan masa, hendak habis solat awal.

Ada masanya kita sengaja pula melewat-lewatkan solat. Itu tidak dikira lagi khusyuk dan tumpuan kita kepada Allah. Hati pula ada ketika berbolak-balik dengan keikhlasan dengan menunjuk-nunjuk.

Pokoknya, Allah melihat pada bagaimana kita melakukan amal dan bukannya pada berapa banyak amal kita.

Bukan banyak yang menjadi ukuran, tetapi yang terbaik mendapat perhatian.

Mari kita sama-sama perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai ahsanu amalan (amalan yang terbaik)

Tapi, harus diingatkan juga, tak semestinya nak menjadikan amal kita tu sebagai amal yang terbaik, kita perlu melakukan amal yang sedikit. Apa yang penting, setiap amal dilakukan dengan ikhlas
-Credit to Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf

Jumaat, 24 Julai 2015

Orang orang yang menuntut dan mengajarkan ilmu


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Barang siapa yg menghilangkan kesulitan seorang mukmin dari kesulitan kesulitan dunia,maka Allah akan  menghilanhkan kesulitannya dari kesulitan-kesulitan akhirat.

Barang siapa memudahkan orang yang kesusahan(dalam membayar hutang),maka Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yg menutupi aib seseorang  muslim,maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah sentiasa membantu seorang hamba selama dia suka  membantu saudaranya.

Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,Allah akan memudahkannya baginya menempuh jalan menuju syurga.


Tidakklah suatu kaum berkumpul di rumah Allah dalam rangka membaca dan mengkaji kitab Allah melainkan turun kepada mereka ketenangan,mereka akan diliputi rahmat,dinaungi malaikat,dan Allah menyebut nyebut mereka di hadapan orang-orang yg ada di sisi-Nya.


Dan barang siapa amalnya sedikit,hendaklah jangan mengandalkan kemuliann nasabnya" (HR.Muslim,Ibnu Majah,Ahmad dan Ibnu Hibban)


Ketahuilah bahawa ilmu merupakan penyebab hidupnya hati dari kebutaan,terangnya pandangan dari kegelapan dan kuatnya badan dari kelemahan.Ilmu dapat  menghantar seseorang meraih kedudukan orang-orang yg baik,dan mencapai darjat tertinggi bersama orang-orang yg suci lagi orangorang pilihan.

Ilmu merupakan penyebab seseorang mentaati,menyembah,mengesakan dan mengagungkan Allah SWT.Ilmu merupakan penyebab seseorang bersifat warak,hubunga kekeluargaan disambung,halal dan harm diketahui.

Ilmu pun merupakan imam,sedangkan amal adalah pengikutnya.Dia diberikan kepada orang-orang yg selamat namun tidak diberikan kepada orang orang yg celaka.


Selayaknya orang-orang yg suka berlumba dalam urusan kesenangan dunia beralih ke perlumbaan untuk meraih ilmu.Kerana ilmulah yg menjadikan seseorang meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Dan ilmulah yg menuntutnya ke jln untuk mencapai kebahagiaan itu.


Ilmu yg dimaksudkan adalah ilmu yg bermanfaat dan amal soleh.


Tidaklah seseorang boleh meraih kebahagiaan kecuali dengan kedua hal itu.Ia tidak akan memperoleh keselamatan kecuali terkait dengan kedua hal itu pula.Ia tidak akan memperoleh keselamatan kecuali terkait dengan kedua hai itu pula.Siapa yg dianugerahkan kedua hal itu,maka dia bertuah dan bahagia.


Namun,siapa yg terhalang dari kedua hal itu bererti dia telah terhalang dari meraih semua kebaikan.Kedua hal itu menjadi faktor yg menentukan aapakah seseorang mendapat kasih sayang atau terhalang dari kasih sayang.Kedua hal ini menjadi pembeza antara kebajikan dari kejhatan,antara ketakwaan dan kecurangan, dan antar orang yg zalim dari orang yg terzalimi.


Ilmu merupakan hal termulia yg dicita-citakan manusia.Ilmu merupakan faktor utama yg menyebabkan kemajuan bangsa-bangsa.Dan tidak ada kemualiaan dalam ilmu selainilmu tentang Allah ,tentang nama-namNya,tentang hal-hal yg dihalalkan dan diharamkanNya,baru kemudian tentang sunnah Nabi.



Ketahuilah bahawa ilmu itu tidak akan diperoleh di taman-taman dan tempat tempat rekreasi.Ia juga tidak akan diperoleh dengan sikap santai dan malas.Ilmu akan diperoleh dengan kerja dan semnagat.Dia diperoleh di majlis ilmu,yang orang-orangnya diliputi ketenanagan , di penuhi kasih sayang Allah,ditemani para malaikat,dan disebut-sebut Allah di hadapan penduduk langit.


Majlis ilmu syarie merupakanmajlis yg penuh dengan kasih sayang Allah.Dia merupakan tempat turunnya berkat.Dia penyebab dosa-dosa dan kejahatan terhapuskan.Dia juga penyebab kesalahan-kesalahan termaafkan.Dia pun penyebab kebaikan-kebaikan bertambah.Dia penyebab darjat manusia terangkat di sisi Allah.


Betapa indahnya apabila majlis itu diramaikan dengan zikir kepada Allah SWT.Betapa baiknya apabila majlis itu diharumkan dengan mengingati Rasulullah.Betapa senangnya penduduk langit andai menemukan suatu majlis ilmu yg di situ al Quran dikaji,sunnah Nabi diikuti,halal haram diterangkan sejelas-jelasnya.

Kerana itu,berkawanlah dengan orang orang yang berilmu.Dekatkan dirimu dengan mereka ,keana Allah SWT akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah seperti halnya Dia menyuburkan tanah dengan hujan dari langit.Dan ketahuilah bahawa Rasulullah telah bersabda

"Barang siapa dikhendakinya menjadi orang baik,maka dia diberi pemahaman dalam urusan agama."
(HR.Bukhari)


"Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan memudahkan untuknya menempuh jalan dari jalan-jalan menuju syurga.Bahkan,para malaikat meletakkan sayap-sayapnya denga senang hati.Kepada orang yang encari ilmu itu dimohonkan ampunan atas dosanya.


Keutamaan orang yg berilmu dibandingkan orang yang ahli ibadah seperti keutamaan bulan pernama atas semua bintang yg ada di angkasa.


Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi.Sedangkan Nabi tidak mewarisi Dinar mahupu dirham.Mereka hanya diwarisikan ilmu.Barang siapa mengambilnya,bererti dia telah mengambil bahagian yg banyak sekali "
(HR.Abu Daud,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,dan al Darimi)



Akhirnya ,kami memohon kepada Allah agar berkenan menjadikan kami termasuk ulma-ulama yg mengamalkan ilmu dan ikhlas,yg hidup dalam liputan kasih sayang Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rabu, 15 Julai 2015

Hati Dan Jiwa

Assalamualaikum. Pernah tak korang rasa jiwa dan hati korang kosong sekosong-kosongnya ? Hari hari yang mendatang pun kita rasa benda yang sama dan macam terasing dengan dunia padahal sekeliling kita ada ibu ayah, adik abang kakak and kawan kawan.

Bila kita sendiri kita akan berkata "AKU NI  TAKDE PERASAAN KE ?"

sebab semuanya kosong dalam jiwa. Sebenarnya kita ni dah hanyut sangat dengan dunia yang serba moden. Arus teknologi, sosial membuatkan kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Dan paling penting bila jiwa dah kosong syaitan mudah menghasut kita. Nauzubillah.

Kita solat, kita buat semua yang Allah suruh tapi kenapa hati tetap kosong ? Sepatutnya hati tu terisi dan jiwa kita tenang kan ? Ni tak, dah solat pun tetap kosong. Macam kita ni patung yang takde perasaan.

Cuba tanya hati kita ? Tanya "apa khabar hati ?" "adakah hati ini di penuhi dengan zikrullah ?"

Sihat kah hati kita ? Atau mungkin ianya sakit tanpa kita sedar ? Atau lagi teruk, adakah hati kita dah mati ?

Pernah kah kita merasakan diri kita keseorangan ? Di dalam menghayati dugaan yang berliku. Tanpa ada sesorang pun yang membimbing kita. Sedangkan hakikatnya mereka dekat sangat dengan kita. Tak pernah langsung tinggalkan kita.

Bila kita bercinta kita pasti akan menangis bila kehilangan dia. Mengapa air mata tu jatuh tika kita melepaskan dia pergi dengan hati yang rela. Dan kita memandang dengan sayu semua bayangan itu dengan hati yang berat. Menangisi pemergiannya sedangkan dia pernah memberikan kita sinar kebahagiaan. Kita ikhlas melepaskannya tetapi KENAPA MESTI AIR MATA MENGALIR ?

Dan kadang kadang kita merintih sayu mengingati wajah yang pernah memberikan kita kebahagiaan. Mengapa mesti ada rindu jika dia tidak bersama kita lagi ? Dan merasakan saat saat kebahagian, kemanjaan dan keromantisan masa lalu ? Sedangkan kita tahu benda tu tak akan sesekali kembali ! Mengapa masih ada bayangan semalam tika wajah dia tiada di sisi kita ?

Itulah tanda jiwa kita tidak tenang, jiwa kita tiada pegangan yang kukuh. Jiwa kita semakin lama semakin hitam dengan segala dosa dosa yang kita lakukan. Semakin hitam hati kita semakin jauh lah kita melupakan pencipta kita.

Saat hati kita rasa sunyi dan kosong, carilah Allah. Allah itu dekat. 

Saat kita rasa sunyi, mungkin yang terbaik carilah sahabat-sahabat yang mampu 'mentarbiyah' diri kita.

Yang mampu menegur kita jika kita terleka. Yang mampu mendekatkan
kita dengan Allah, yang mampu membantu kita mencari hidayah Allah.

Sungguh, hidayah tidak datang bergolek, ia perlu dicari.. Dan saat hidayah itu datang, kadangkala kita perlu cepat menyambarnya jangan sampai ia terlepas. 

Carilah tarbiyah. Kita dijadikan dengan fitrah hati yang sukakan tarbiyah atau dengan kata lainnya didikan islam yang baik dan sempurna. Saat kita menafikan fitrah yang Allah ciptakan ini jiwa kita pasti resah gelisah dan tak menentu.

Sungguh, jika kita mampu merasakan kegelisahan itu, itu  tandanya Allah sengaja menitipkannya agar kita berusaha memenuhi fitrah hati kita. Hati yang keras mungkin tidak akan mampu rasa gelisah apabila dia cuba menafikan fitrah itu.

Salah satu tips untuk menghindari JIWA KOSONG dengan mengamalkan membaca SURAH ALAM NASYRAH, hembuskan ke tapak tangan dan sapukan pada kepala , muka dan badan kita. Insya Allah akan dilapangkan dari segala kesulitan yang mencengkam jiwa.

Surah Alam Nasyrah : Surah ke- 94 yang bermaksud : “Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu ? Dan kami telah menghilangkan darimu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Tip-tip mengisi kekosongan hati :
-Dekatkan lah diri kepadanya.
-Solat taubat minta ampun kepadanya.
-Zikrullah lah selalu sehingga jiwa itu terisi.
-Baca ayat ayat sucinya iaitu Al-Quran.
-Tanya dan berdamping dengan guru guru yang berilmu agama, InsyaAllah hati tu akan terisi.

Letakkan akhirat didalam hati, dan dunia itu di dalam genggaman.
Seimbang duniawi dan uhkrawi itu perlu.

#juga mengingatkan diri yang selalu lupa.
#Aku menulis bukanlah bererti aku hebat, tetapi aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa.

Sharing is LOVING. LOVING is MAWADDAH. 

Wallahua'lam.

Khamis, 2 Julai 2015

Malam

Malam,
Segala sedih ditidurkan,
Segala sunyi dimatikan,

Night,
All sadness will be sleep,
All lonely will be die,

Please dont never come to me,
Just to make A bad story,

Im not perfect person,

Aku bukan bidadari,
Cuma sedang menuju jalan Ilahi
Laila saeda Malizi.

Jul 3.

Khamis, 14 Mei 2015

Al kahfi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

3 perkara yang telah diceritakan oleh Al-Quran tentang pemuda al-Kahfi :

Yang pertama adalah ilmu. Mereka telah meminta kepada Tuhan mereka agar diberikan ilmu supaya diberi petunjuk di dalam urusan mereka. (18:10)

Yang kedua adalah iman. Mereka merupakan pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka. Mereka beriman dengan ilmu yang diminta kepada Tuhan mereka lantas ditambahkan kepada mereka petunjuk di dalam urusan mereka. (18:13)

Yang terakhir adalah ikhlas. 3 amalan yang akan membawa ikhlas kepada Allah:
● Sentiasa berdoa dan tawakkal kepada Allah dalam setiap perkara individu/personal. (18:14)
● Beriman dengan hujah dan bukti. (18:15)
● Mengasing diri daripada masyarakat yang syirik (dari segi kepercayaan) dan meninggalkan kepercayaan syirik tersebut. (18:16)

Nak tahu kisah pemuda Al-Kahfi yg selanjutnya, silalah buka tafsir Al-Quran m/s 293 dan baca sampai habis.

Okay?