Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Barang siapa yg
menghilangkan kesulitan seorang mukmin dari kesulitan kesulitan dunia,maka
Allah akan menghilanhkan kesulitannya
dari kesulitan-kesulitan akhirat.
Barang
siapa memudahkan orang yang kesusahan(dalam membayar hutang),maka Allah akan
memudahkan kepadanya di dunia dan di akhirat.
Barang
siapa yg menutupi aib seseorang
muslim,maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.
Allah
sentiasa membantu seorang hamba selama dia suka
membantu saudaranya.
Barang
siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,Allah akan memudahkannya
baginya menempuh jalan menuju syurga.
Tidakklah
suatu kaum berkumpul di rumah Allah dalam rangka membaca dan mengkaji kitab
Allah melainkan turun kepada mereka ketenangan,mereka akan diliputi
rahmat,dinaungi malaikat,dan Allah menyebut nyebut mereka di hadapan
orang-orang yg ada di sisi-Nya.
Dan
barang siapa amalnya sedikit,hendaklah jangan mengandalkan kemuliann
nasabnya" (HR.Muslim,Ibnu Majah,Ahmad dan Ibnu Hibban)
Ketahuilah
bahawa ilmu merupakan penyebab hidupnya hati dari kebutaan,terangnya pandangan
dari kegelapan dan kuatnya badan dari kelemahan.Ilmu dapat menghantar seseorang meraih kedudukan
orang-orang yg baik,dan mencapai darjat tertinggi bersama orang-orang yg suci
lagi orangorang pilihan.
Ilmu
merupakan penyebab seseorang mentaati,menyembah,mengesakan dan mengagungkan
Allah SWT.Ilmu merupakan penyebab seseorang bersifat warak,hubunga kekeluargaan
disambung,halal dan harm diketahui.
Ilmu pun
merupakan imam,sedangkan amal adalah pengikutnya.Dia diberikan kepada
orang-orang yg selamat namun tidak diberikan kepada orang orang yg celaka.
Selayaknya
orang-orang yg suka berlumba dalam urusan kesenangan dunia beralih ke
perlumbaan untuk meraih ilmu.Kerana ilmulah yg menjadikan seseorang meraih
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Dan ilmulah yg menuntutnya ke jln untuk
mencapai kebahagiaan itu.
Ilmu yg
dimaksudkan adalah ilmu yg bermanfaat dan amal soleh.
Tidaklah
seseorang boleh meraih kebahagiaan kecuali dengan kedua hal itu.Ia tidak akan
memperoleh keselamatan kecuali terkait dengan kedua hal itu pula.Ia tidak akan
memperoleh keselamatan kecuali terkait dengan kedua hai itu pula.Siapa yg
dianugerahkan kedua hal itu,maka dia bertuah dan bahagia.
Namun,siapa
yg terhalang dari kedua hal itu bererti dia telah terhalang dari meraih semua
kebaikan.Kedua hal itu menjadi faktor yg menentukan aapakah seseorang mendapat
kasih sayang atau terhalang dari kasih sayang.Kedua hal ini menjadi pembeza
antara kebajikan dari kejhatan,antara ketakwaan dan kecurangan, dan antar orang
yg zalim dari orang yg terzalimi.
Ilmu
merupakan hal termulia yg dicita-citakan manusia.Ilmu merupakan faktor utama yg
menyebabkan kemajuan bangsa-bangsa.Dan tidak ada kemualiaan dalam ilmu
selainilmu tentang Allah ,tentang nama-namNya,tentang hal-hal yg dihalalkan dan
diharamkanNya,baru kemudian tentang sunnah Nabi.
Ketahuilah
bahawa ilmu itu tidak akan diperoleh di taman-taman dan tempat tempat
rekreasi.Ia juga tidak akan diperoleh dengan sikap santai dan malas.Ilmu akan
diperoleh dengan kerja dan semnagat.Dia diperoleh di majlis ilmu,yang
orang-orangnya diliputi ketenanagan , di penuhi kasih sayang Allah,ditemani
para malaikat,dan disebut-sebut Allah di hadapan penduduk langit.
Majlis
ilmu syarie merupakanmajlis yg penuh dengan kasih sayang Allah.Dia merupakan
tempat turunnya berkat.Dia penyebab dosa-dosa dan kejahatan terhapuskan.Dia
juga penyebab kesalahan-kesalahan termaafkan.Dia pun penyebab kebaikan-kebaikan
bertambah.Dia penyebab darjat manusia terangkat di sisi Allah.
Betapa
indahnya apabila majlis itu diramaikan dengan zikir kepada Allah SWT.Betapa
baiknya apabila majlis itu diharumkan dengan mengingati Rasulullah.Betapa
senangnya penduduk langit andai menemukan suatu majlis ilmu yg di situ al Quran
dikaji,sunnah Nabi diikuti,halal haram diterangkan sejelas-jelasnya.
Kerana
itu,berkawanlah dengan orang orang yang berilmu.Dekatkan dirimu dengan mereka
,keana Allah SWT akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah seperti halnya Dia
menyuburkan tanah dengan hujan dari langit.Dan ketahuilah bahawa Rasulullah
telah bersabda
"Barang siapa dikhendakinya menjadi orang baik,maka dia diberi
pemahaman dalam urusan agama."
(HR.Bukhari)
"Barang
siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan memudahkan
untuknya menempuh jalan dari jalan-jalan menuju syurga.Bahkan,para malaikat
meletakkan sayap-sayapnya denga senang hati.Kepada orang yang encari ilmu itu
dimohonkan ampunan atas dosanya.
Keutamaan
orang yg berilmu dibandingkan orang yang ahli ibadah seperti keutamaan bulan
pernama atas semua bintang yg ada di angkasa.
Sesungguhnya
para ulama adalah pewaris para Nabi.Sedangkan Nabi tidak mewarisi Dinar mahupu
dirham.Mereka hanya diwarisikan ilmu.Barang siapa mengambilnya,bererti dia
telah mengambil bahagian yg banyak sekali "
(HR.Abu
Daud,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,dan al Darimi)
Akhirnya
,kami memohon kepada Allah agar berkenan menjadikan kami termasuk ulma-ulama yg
mengamalkan ilmu dan ikhlas,yg hidup dalam liputan kasih sayang Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan