Crying Like A Baby Monkey 'riniharani harani: April 2015 !-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

at a time when the seeds love, compassion and kindness in us grows, we will allow ourselves to bear

Orang cakap "Biar kurang rupa, jangan kurang ilmu. Biar kurang harta, jangan kurang ibadah. Biar kurang famous jangan kurang ajar

Khamis, 30 April 2015

Andai Masih Ada Cinta

Catatan : Andai Masih Ada Cinta

--- Ust.Mohd Syafiee Bin Hamzah

---29April 15

-Sesetengah Mahasiswa kata couple itu haram ada juga sesetangah golongan ustaz atau ustazah dikatakan menghalang fitrah cinta.Apa pendapat ustaz?

Bercakap pasal cinta ni, ketika umur 18-25 tahun ni adalah masa cinta.
kalau ada itu adalah perasaan yang normal

Kalau siapa umurnya antara 18tahun ke atas masih tiada perasaan cinta itu something wrong tu.

Time tu hati berbunga bunga,Ustaz pun faham sebab ustaz pernah alaminya jugak.

Ustaz nak kita faham apa sebenarnya maksud cinta.Kita dengan cinta tu macam mana.
Ada orang ada cinta,tapi cinta tak dijaga.

Cinta ni okay.Tiada masalah tapi tengok macam mana kita kawal cinta tu.
Ada yang cakap haram sebab dia tak boleh kawal.

Ada sesetengah orang boleh kawal.Ada sesetengah tak boleh kawal sebab tu awal awal lagi dia kata haram supaya tak terus terjerumus.

Cinta boleh tapi tengok macam mana nak melewati jalan-jalan cinta untuk ke jalan alam perkahwinan tu.


Saya bagi satu perumpamaan.

Hidup ni ibarat sebuah lautan yang luas.Dan salah satunya ada laluan .Di
laluan tu ada sampah sarap yang terapung di permukaan lautan.
Kalau tak pandai , tubuh kita juga akan dimasuki oleh sampah sarap yang kat laluan tu.

Sama lah macam cinta, kalau kita tak pandai nak kawal,tubuh kita akan dimasuki oleh anasir anasir yang kotor seperti sampah tersebut.


Kalau ada cinta, kena uruskan.Kena ada pengawasan pada hati.

Cinta itu memang fitrah,tapi kita yang tentukan sama ada cinta itu baik atau tak.

Contohnya puasa,
bila kita lapar kita tak boleh makan lagi,kita kena tahan nafsu makan kita supaya jangan makan sebab apa?

Sebab kalau kita makan kita dah dapat kemurkaan Allah..
Betul tak?

So, kita tahan laa sampai maghrib untuk berbuka.Kat situ kita dah rasa nikmat makan tu.Faham tak?
Tak ke rasa menyesal bila kita dah puasa penat lelahnya..
Pukul 4petang kita makan.Tak berbaloi dengan kita tahan 2 3 jam lagi je nak buka puasa.

Macam tu jugak lah cinta,bila kita dah berwhatsapp,selalu berhubung,pegang tangan kita dah tak rasa nikmatnya buat semua benda tu lepas kahwin.

Sebab tu Allah suruh jaga,sebab ada kemanisan di setiap penghujung.

Bila ada seorang lelaki buat perjanjian dengan Allah yang cakap "Aku terima nikahnya bal bla bla.." time tu baru kita rasa macam mana nikmat dia.

Bila ada seorang lelaki menabur kata dengan ayat ayat yang manis jangan percaya.
awak kena kata kat dia " Saya tak nak serius dengan percakapan awak,saya nak serius dengan perbuatan awak .

Ada lelaki ni cuma cakap je nak nikah lah ape lah.Tapi perbuatannya ? takde.
Yang perempuan ni dok tunggu lah lelaki tu.

Molek gop awak muslimin ade datang sini.Mari bagi tahu terus senang sikit.

Perempuan ni perasaan dia lain . Bila lelaki tu kata tertarik kat perempuan tu .Biar muka macam macam ape je.

awak ni tengok lah cermin "bakpe dia suka aku.aku ni dah lah gemok,hitam pulok tu".
Contoh ekpom tu.

perempuan tu tak kisah.Memang dia akan tolak tepi ,awak huduh ke, awak gemuk ke.Dia tak kisah dah.Tu  peresaan perempuan.
Dia lembut hati .

Nak wat gone,Allah memang sediakan memang macam tu dah comei comei.

Yang awak ni,awal awal kata nak jadikan dia isteri.Dia ni pun tunggu laaa.

Ekh,  cerita cinta ni bukan cerita main main,ini cerita serius.Jangan buat main,naye.

Kita ni manusia.Kita kata kita suka dia hari ni,hari esok dah suka orang lain dah.
Kita bukan suka sesuatu dalam jangka masa yang sangat panjang tetapi pendek je.

jangan lah buat main.


Kalau nak jugak tunggu lah time kerja nanti senang,time kerja tu apa apa dah kukuh.Usia pun dah matang.Kalau ada yang awak suka.Banyak lah berdoa.Yng penting dalam hati tanam takwa.


Percaya pada takdir Allah.


Awak jangan tengok dalam kawasan unisza ni je.awak tengok kat luar sana mungkin ada seseorang yang sedang jaga agama memang ditakdirkan untuk awak sebab awak jaga agama.

Mungkin di UIA di UTEM di mana mana lah,mungkin sedang jaga hati dia.Jangan kecikkan skop pemikiran awak tu.

Mungkin di luar negara sana ke.Di mesir ke sekarang ni tengah belajar ,mungkin dia jodoh awak.
awak tengok di unisza ni je memang lah tak yakin je rasa ade jodoh ke tak aku ni.

Mana tahu Alah dah atur yang dari mesir tu akan di hantar ke melaka contohnya.Awak pun sama akan dihantar kan ke melaka juga misalnya.Itu lah jodoh.

Bab jodoh kita berkira, bab mati?





-apa pendapat ustaz mengenai stikaharah ?

Istikharah nie bukan time kita konfius antara dua je,tapi buat sebagai amalan harian sebab sahabat nabi akan buat istikharah sekali dengan dhuha,kalau kita buat istikarah time nak buat pilihan lebih lebih lagi pilihan pasal jodoh je.

Pasal benda lain tak mboh sangat buat istikharah.

Sebab kita pun tak tahu siapa jodoh kita,bukan kita buat masa tu,esok dah dapat petunjuk.Dia akan ambik masa jugak.mybe ada sesetengah  ada yang jadi gitu.istikharah terus dapat jawapan tapi jarang nak jumpa.

macam tu jugak la doa,contohnya kita nak sangat kaya,bukannya sekarang kita doa ,esoknya tiba tiba ada duit belunggok depan pintu,Allah akan bagi slow slow supya kita dapat rasa nikmat tu.

Isu istikharah ni kadang kadang terjadi pelik sebenarnya.Macam mana dikatakan pelik tu?

Awak memang dah minat ke dia bakpe buat istikharah lagi?

dah hati awak memang nak ke dia je.


Memang lah awak buat istikaharah beribu kali pun memang muka dia jelah awak nampak.
Tak nampak dah muka saya ke ,muka siapa siapa ke.Sebab hati awak dah nok ke dia dah


istikaharah ni sebaik baiknya dilakukan sebelum kita kenal dia dengan lebih mendalam lagi,masa mula mula berkenalan lagi kita kena wala awal lakukan istikaharah.Itu lah sebaik baiknya.


sama lah macam awak tak tahu nak masuk unisza ke tak ni.Hari pendaftaran time tu,dah sampai
depan pagar unisza dah pun,masih buat pilihan nak masuk ke tak unisza ni.?


bakpe tak dari rumah lagi fikir nak masuk unisza ke tak ni?
bakpe tak fikir masa mula mula dapat surat tawaran ke unisza tu lagi?
faham dok?



-saya ada terbaca satu kata kata


"Kalau kamu rasa dia berbaloi untuk kamu tunggu,maka tunggu.
Zaman ni yang berbaloi hampir pupus dan tak datang depan mata selalu"


apa pendapat ustaz mengenai pelajar yang tak mampu nak bina masjid lagi tapi menggunakan istilah cop tanpa ada ikatan pertunangan untuk dijadikan isteri atau suaminya supaya tak diambil oleh orang lain?


okay mula mula yang kata ramai yang dah nak pupus tu tak benar,sebenarnya ramai je yang baik baik sebenarnya.Macam ustaz cakap tadi,jika kita jaga agama maka Allah akan datangkan orang yang jaga agama juga  pada kita.


Mudah je aturan Allah ni.Yang penting jaga takwa dalam hati kita.Takwa itu penting.Ia akan gambarkan siapa jodoh kita.

istilah cop tu ustaz kurang bersetuju sebab ia akan melibatkan ramai pihak.Macam mana dengan mak ayah kita?mak ayah dia pula?

nanti mana tahu dok tunggu awak ni,ada orang lain nak masuk meminang pergi tolak semata mata sebab cop ni.

kita tak tahu macam mana kita nanti.lagipun istilah cop ni agak bahaya,kita tak tahu nanti kita akan ditempatkan di mana.

mungkin awak akan ditempatkan di sarawak dia di kedah.kat situ dah berpecah.jad sebenarnya cop ni tak boleh.

Macam macam boleh berlaku pada masa hadapan yang kita tak tahu pun.

Panjang lagi perjalanan.Kalau awak betul betul nak ke dia awak memang serius pergi jumpa mak ayah dia.

Berbeza ekh cara orang lelaki nak serius untuk nikah time study dengan yang nak bercinta je time study ni.
tapi kalau bercinta time study ni bermasalah bila ma ayah yang tak beri.


Yang tu susah sikit.Tapi kalau yang mudah tu alhamdulillah.


Mak ayah yang tak bagitu mungkin ade sebab lain sebab dia tahu sukat anak dia ni gane gane.Dia tahu anak dia tu betul betul dah bersedia ke belum.

Cinta ni sebenarnya nak tengok kita ni sejauh mana pasrah pada jalan Allah yakin atau tidak sebenarnya kita ni pada Allah





















Khamis, 23 April 2015

3 perkara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
.
Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. .

Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. .

Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.
.
Apakah 3 perkara itu?
.
- Mungkin minta maaf kepada orang yang tidak kita sukai.
- Mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan.
- Atau Membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). .

Carilah, carilah 3 perkara itu.
Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. .

Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.
.
Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siap untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan. .

Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Khamis, 16 April 2015

Iman

Iman adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia, juga ke dalam hati manusia.

Berapa ramai di kalangan manusia yang dikurniakan nikmat iman ke dalam hati mereka tetapi masih belum beiman kepada Agama?

Berapa ramai di kalangan manusia yang dikurniakan nikmat iman tetapi masih tidak beriman kepada Rasul-Nya dan ingkar kepada Allah Taala?

Pada zaman Rasulullah, Abu Jahal mengetahui akan kebenaran bahawa Rasulullah adalah Nabi. Abu Lahab juga mengetahui bahawa Rasulullah adalah Nabi. Yahudi yang hidup pada zaman itu juga mengetahui bahawa Rasulullah adalah Nabi.

Tetapi mereka masih belum beriman kepada Rasulullah. Kerana apa?

Kerana hati mereka belum membenarkan untuk mereka beriman kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka.

Belum tentu orang yang mengetahui akan kebenaran itu, mereka akan beriman kepada kebenaran tersebut.

Maka dengan itu, barangsiapa yang beriman kepada sesuatu kebenaran tersebut, maka itu merupakan satu hadiah yang Allah kurniakan kepada orang tersebut, sesuai dengan sifatnya Allah Yang Maha Mengkehendaki.

Sabda Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam:

Allah mampu memberikan dunia kepada siapa yang Allah suka mahupun siapa sahaja yang Allah tidak suka. Tetapi Allah tidak memberikan agama dan iman kepada orang yang tidak Allah sukai.

Maka dengan demikian, Allah tidak menganugerahkan iman dan agama kepada sesiapa yang Allah tidak suka.

Sebesar besar pemberian dari Allah salah satunya adalah pemberian agama dan Iman. 😢 .

Disyarahkan oleh Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid dalam Kitab Shahih Bukhari [Bab Imam]

Ahad, 12 April 2015

"Yang Baik Tetap Akan Mendapatkan Yang Baik"


"YANG BAIK TETAP AKAN MENDAPATKAN YANG BAIK"

Seburuk-buruknya akhlak seorang lelaki..
Ia tetap akan memilih wanita baik-baik yang akan dijadikan pendamping hidupnya.

Begitu juga sebaliknya.. Seburuk-buruknya akhlak seorang wanita..
Ia tetap akan berharap lelaki baik-baik yang akan menjadi pendamping hidupnya.

Pertanyaannya.. Sudah layakkah jika lelaki mempunyai pilihan seperti itu?

Sudah layakkah jika wanita mempunyai harapan seperti itu?
Bukankah dengan sangat jelas Allah telah memperingatkan kita?
Bahwa yang baik akan mendapatkan yang baik? Dan yang keji akan mendapatkan yang keji?

Sebuah pertanyaan yang harus kita jawab dengan tindakan.
Dan jawaban yang bijak itu adalah

Jika kita ingin pasangan yang baik maka kita harus terlebih dahulu berusaha menjadi pribadi yang baik.

Masya Allah

Semoga kita semua  mendapat pasangan yang setia, sholeh/sholehah dan menjadi keluarga yang sakinah mawadah warahmah, serta kelak dimasukkan ke dalam surga yang terindah. Aamiin