Crying Like A Baby Monkey 'riniharani harani: Seruan siapa? Salam jumaat ☺ !-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

at a time when the seeds love, compassion and kindness in us grows, we will allow ourselves to bear

Orang cakap "Biar kurang rupa, jangan kurang ilmu. Biar kurang harta, jangan kurang ibadah. Biar kurang famous jangan kurang ajar

Khamis, 5 Mac 2015

Seruan siapa? Salam jumaat ☺

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Encik Adam sekalian...

suka bawak telefon dalam masjid eh? Mesti suka kan? Sebab nak salin nota Pak Khutbah ke...? Nak selfie ke...? Atau nak balas WHATSAPP?

Sini... nak share sikit hukum whatsapp ketika khutbah.

Zaman sekarang semorang dah guna apps Whatsapp untuk berkomunikasi kan. Dalam masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun ada je jemaah yg berbalas Whatsapp. So apakah hukum membaca atau membalas Whatsapp ketika mendengar khutbah Jumaat?

JAWAPAN : Para ulama' berselisih berpendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namum mazhab Syafie mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan diam dengan khusyuk ketika mendengar khutbah.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu, “Diam!” padahal iman berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha”. HR. Bukhari dan Muslim.

Lagha dalam hadis means melakukan perkara yg merosakan pahala ibadat Jumaatnya. Membalas Whatsapp atau seumpamanya termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah.

But why? Sebab perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Samalah macam baca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu di dalam FB ke Twitter ke Instagram ke..

Semua perbuatan ini sangatlah tak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.

Kalau boleh, lebih baik jika sebelum khutbah, Pak Khutbah meminta para jemaah mematikan telefon bimbit agar tak merosakan tumpuan untuk mendengar khutbah. Hehe.

Agaknya pilihan mana seruan yang penting,
seruan Ilahi atau seruan telefon... ?

Salam Jumaat.

1 ulasan: