سۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Kalau sebab aku kau jauh dari Allah, biarlah kita jauh, asalkan kau dekat dengan Allah
Kau masih tak percaya?
Kau boleh mencintai seseorang meskipun kau belum pernah bertemu dengannya?
Ada seseorang mengatakan.
Dia mencintai pasangannya di masa depan.
Walaupun belum bertemu dengannya. Walaupun belum kenal dengannya
Dan ada sesetengah orang tidak percaya perkara ini
Tapi,
Mereka percaya bahawa cinta itu buta? Pelik
Lalu,
Kenapa tak tanya pada ibu yang mengandung.
Kenapa mereka boleh mencintai anaknya dengan sepenuh jiwa? Walaupun belum pernah bersua muka?
Tanya pada alim ulama.
Bagaimana hati mereka boleh menangis kerana cinta bila mendengar kisah Rasulullah saw?
Kisah para sahabat Baginda?
Walaupun belum pernah bertemu walau sesaat?
Subhanallah!
Kalau benar cintamu itu kerana Allah swt
Kamu pasti percaya.
Bahawa kamu boleh mencintai pasangan kamu yang telah ditentukan untuk kamu itu nanti. Walaupun belum pernah bertemu dengannya
Hebat perancangan Allah untuk kita semua. Fi hifzillah wahai orang yang dirindu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan