Jauh disudut sana ,
Haura cuma seorang manusia ,
Senyuman tak pernah pudar dari bibir .
Agaknya aku tak pernah sedih. Persepsi
Aku silap sendiri
Dalam aku sibuk menggembirakan hati manusia lain, di hati aku sudah penuh dengan luka. Ada banyak kisah yang sudah cukup bikin hati aku mati. Hati aku kering dengan manusia
Tapi
Aku pilih untuk simpan segala kesedihan. Aku pancarkan senyuman buat manusia lain. Jua segala skrip lawak yang hanya bersifat hambar, aku tetap cuba untuk membuatkan orang lain gelak ketawa
Orang macam aku
Aku paling suka Waktu pada malam hari.
Pandangan mata yang sentiasa dilihat, ialah langit yang luas. Comel.
Keadaan yang aku senangi, pada waktu sunyi untuk aku termenung. Seperti sekarang ni. Di tepi sungai. Tenang.
Jua tempat yang aku kekal setia berada, di sudut katil sambil memeluk tubuh kesejukkan.
Waktu itu, aku akan keluarkan segala kesedihan di jiwa aku.
Untuk membalas semula apa yang aku telah lakukan pada siang hari. Tak sangka
Kadang , aku rasa nk restart hidup ni balik. Penat dah kenal ramai orang
Aku Bohong pada diri sendiri.
Dorang anggap aku Boneka manusia
Benar melampau !
Tapi
Aku tak kisah
Ada perkara sesuai dikongsi ,
Ada perkara perlu disimpan rapi sendiri
Pernah cuba tak isi air dalam bekas yang pecah? Macam tu la nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni.
Mustahil." Yes ! MUSTAHIL
Ibu selalu pesan
. "Jika ada yang memfitnah,sabarlah kerana ada ganjaran di sana sebagai hadiah.Tenang kerana hanya yang tenang akan menang. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan