Crying Like A Baby Monkey 'riniharani harani: Mac 2015 !-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

at a time when the seeds love, compassion and kindness in us grows, we will allow ourselves to bear

Orang cakap "Biar kurang rupa, jangan kurang ilmu. Biar kurang harta, jangan kurang ibadah. Biar kurang famous jangan kurang ajar

Isnin, 30 Mac 2015

Gadis itu

Gadis itu,
Tunduk memandang bumi,
Mula berfikir dari segenap dimensi,
Siapa dia pada Insani,
Siapa dia pada Ilahi

Dia,
Mula mengatur langkah,
Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda. Ada macam tak ada.
Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Dan dia, ya dia selesa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yg dia ada. Biarlah walau dia dipandang kolot & tak bergaya. Dia tak peduli. Dia malas ambil tahu. Yg penting dia, tak pula berlebih lebih dalam gayanya. Sedang dalam dengan cara begitu pun. Dia masih tak sedap hati,

Ya, biarlah. Biar dia jadi gadis biasa, yg sederhana. Yang kehadirannya tak disedari. Ya, dia selesa begitu. "Seribu Impian Sebelum Hayatku Tiba" Dunia hanyalah sementara.
Kau bukan PELIK,

Disini aku mampu memekik suara hatiku melalui setiap aksara yang kau baca. Kau nak yang sempurna?
Maaf. Kau tak akan jumpa!

Ma qaddarallah khair
Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka

Jumaat, 27 Mac 2015

Cinta Couple (Prof Dr muahaya)

Prof boleh tak couple dalam islam?

Macam ni lah, kita couple untuk apa?
Suka-suka menghabiskan masa,
chat sana,whatsapps sana,
Seolah-olah kita macam hamster tak sampai ke mana?

Kita bila smpai umur dah dewasa,
Dah ade ugama,
Dah ada ekonomi sikit,
Mesti meneruskan perjalanan hidup kita,
Sebab bila kita umur 25 kita dah matang.
Masa tu mesti dah kahwin da.
Tapi kalau kita tak ada ke arah perkahwinan,
Sia-sia!

Bagi wanita,
Sebab tu diberitahu, kalau orang laki mula kenal kita dalam masa sebulan,
Dia tak sebut langsung tentang Saya nak kahwin, nak jmpa keluarga.

stop!!
Rugi masa..Habis kan bill,
Habis kan prepaid,
Habiskan masa sahaja.

Ingat!
Bila kita couple apa mesti ke arah perkahwinan,
Maka kita bersama sama menyiapkan diri kita,
Betulkan akidah,
Tentukan ibadah solat, Fatihah tu biar betul!
Akhlak tu biar lemah lembut

AKIDAH-A
IBADAH -I
AMALAN-A

Lagi A,I,A tak cukup,
Jangan sibuk nak couple,
Sebab kita takut tgh couple,
Kalau tak jaga hijab,
Buat benda haram,
Kit akan mati dalam KEMURKAAN ALLAH

Isnin, 23 Mac 2015

Aku cuma manusia

Jauh disudut sana ,
Haura cuma seorang manusia ,
Senyuman tak pernah pudar dari bibir .
Agaknya aku tak pernah sedih. Persepsi

Aku silap sendiri

Dalam aku sibuk menggembirakan hati manusia lain, di hati aku sudah penuh dengan luka. Ada banyak kisah yang sudah cukup bikin hati aku mati. Hati aku kering dengan manusia

Tapi

Aku pilih untuk simpan segala kesedihan. Aku pancarkan senyuman buat manusia lain. Jua segala skrip lawak yang hanya bersifat hambar, aku tetap cuba untuk membuatkan orang lain gelak ketawa

Orang macam aku

Aku paling suka Waktu pada malam hari.
Pandangan mata yang sentiasa dilihat, ialah langit yang luas. Comel.
Keadaan yang aku senangi, pada waktu sunyi untuk aku termenung. Seperti sekarang ni. Di tepi sungai. Tenang.
Jua tempat yang aku kekal setia berada, di sudut katil sambil memeluk tubuh kesejukkan.
Waktu itu, aku akan keluarkan segala kesedihan di jiwa aku.
Untuk membalas semula apa yang aku telah lakukan pada siang hari. Tak sangka

Kadang , aku rasa nk restart hidup ni balik. Penat dah kenal ramai orang

Aku Bohong pada diri sendiri.
Dorang anggap aku Boneka manusia

Benar melampau !

Tapi

Aku tak kisah

Ada perkara sesuai dikongsi ,
Ada perkara perlu disimpan rapi sendiri

Pernah cuba tak isi air dalam bekas yang pecah? Macam tu la nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni.
Mustahil." Yes ! MUSTAHIL

Ibu selalu pesan
. "Jika ada yang memfitnah,sabarlah kerana ada ganjaran di sana sebagai hadiah.Tenang kerana hanya yang tenang akan menang. "

Ahad, 22 Mac 2015

Penantian


سۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Kalau sebab aku kau jauh dari Allah, biarlah kita jauh, asalkan kau dekat dengan Allah

Kau masih tak percaya?
Kau boleh mencintai seseorang meskipun kau belum pernah bertemu dengannya?

Ada seseorang mengatakan.
Dia mencintai pasangannya di masa depan.
Walaupun belum bertemu dengannya. Walaupun belum kenal dengannya

Dan ada sesetengah orang tidak percaya perkara ini
Tapi,
Mereka percaya bahawa cinta itu buta? Pelik

Lalu,
Kenapa tak tanya pada ibu yang mengandung.
Kenapa mereka boleh mencintai anaknya dengan sepenuh jiwa? Walaupun belum pernah bersua muka?
Tanya pada alim ulama.
Bagaimana hati mereka boleh menangis kerana cinta bila mendengar kisah Rasulullah saw?
Kisah para sahabat Baginda?
Walaupun belum pernah bertemu walau sesaat?
Subhanallah!
Kalau benar cintamu itu kerana Allah swt

Kamu pasti percaya.
Bahawa kamu boleh mencintai pasangan kamu yang telah ditentukan untuk kamu itu nanti. Walaupun belum pernah bertemu dengannya

Hebat perancangan Allah untuk kita semua. Fi hifzillah wahai orang yang dirindu.

Sabtu, 21 Mac 2015

Hati vs dosa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hati kita ni macam tasik.

Cuba bayangkan kita cedok secawan
air tasik. Nampak tak berkurang
langsung kan? Sebab secawan tu
kecik. Hatta sebaldi air kita ambik
pun, tasik tu nampak biasa je. Tak
terasa kurangnya.

Tapi hakikatnya,
air tasik tu kurang secawan. Kurang
sebaldi. *Logiknya la kan? heheh

The same goes bila kita tuang
secawan air dalam tasik. Nampak
bertambah ke?? Tapi hakikatnya air
dia lebih secawan dari sebelumnya.

Hati kita macam tulah. Bila kita buat
dosa, kita tak nampak apa-apa. Tapi
sebenarnya satu titik hitam dah
lekat dalam hati. Kita tak rasa apa-
apa. Sebab dia kecik je.

Dan, kalau kita istighfar, kita tak rasa apa-apa.
Tapi sebenarnya satu titik hitam dah
hilang!

Jadi, teruskan ‘mencedok’ keluar
dosa dari hati kita. Kita mungkin tak
nampak significance of istighfar.
Tapi sebenarnya kita hapuskan titik
hitam dalam hati kita. hebat kan?

Hati kita selalu dicemari titik-titik
hitam oleh dosa yang kita buat.

Justeru, kerja pembersihan kena buat
selalu!

Khamis, 5 Mac 2015

Seruan siapa? Salam jumaat ☺

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Encik Adam sekalian...

suka bawak telefon dalam masjid eh? Mesti suka kan? Sebab nak salin nota Pak Khutbah ke...? Nak selfie ke...? Atau nak balas WHATSAPP?

Sini... nak share sikit hukum whatsapp ketika khutbah.

Zaman sekarang semorang dah guna apps Whatsapp untuk berkomunikasi kan. Dalam masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun ada je jemaah yg berbalas Whatsapp. So apakah hukum membaca atau membalas Whatsapp ketika mendengar khutbah Jumaat?

JAWAPAN : Para ulama' berselisih berpendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namum mazhab Syafie mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan diam dengan khusyuk ketika mendengar khutbah.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu, “Diam!” padahal iman berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha”. HR. Bukhari dan Muslim.

Lagha dalam hadis means melakukan perkara yg merosakan pahala ibadat Jumaatnya. Membalas Whatsapp atau seumpamanya termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah.

But why? Sebab perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Samalah macam baca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu di dalam FB ke Twitter ke Instagram ke..

Semua perbuatan ini sangatlah tak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.

Kalau boleh, lebih baik jika sebelum khutbah, Pak Khutbah meminta para jemaah mematikan telefon bimbit agar tak merosakan tumpuan untuk mendengar khutbah. Hehe.

Agaknya pilihan mana seruan yang penting,
seruan Ilahi atau seruan telefon... ?

Salam Jumaat.

Selasa, 3 Mac 2015

Memori


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Memori

Kau dengan memori kau.
Aku dengan memori aku.

Tapi macam mana kalau memori tu antara kau dan aku? Haha.

Memori ni sebenarnya adalah penjajah yang paling hebat parasitnya. Haha. Knp panggil parasit? Sbb ianya penjajah yg menjajah setiap pelusuk ingatan yang tiba-tiba jadi kosong dalam bahagia. Tiba-tiba jadi sunyi dalam riuh rendahnya. Dan dari situ memori mencelah mengikut peredaran 'mood', semangat dan apa yang terfaktab dalam diri. Apa yang difikirkan. Walau pun kekadang tak bersesuaian masa dan cara. Tapi siapa kesah kan?

Memori. Semua tahu. Kejam! Deskripsi paling short aku rasalah. Kadang kala membina kekuatan. Adakalanya menjatuhkan dalam motion sangat perlahan.

Memori. Terlalu banyak nyatanya. Sampaikan ada yang indah tapi tak terluah. Ada yang sedih kecewa hambarnya tapi still mampu memotivasikan diri untuk yang lebih baik. Bina kekuatan dari pelbagai sudut. Perbetulkan mana yang mampu. Yang perlu. Yang sepatutnya. Belajar melepaskan, wake up, move on and let it go.

Let it go... Let it go...
Can't hold it back anymore

Ah! Terjebak sudah. Tak apelah. Sekadar monolog apa yang dirasa sebab ianya satu pengalaman mendewasakan diri dari jadi seorang yang kalah menjadi seorang yang tabah.

Lumrah hidup. Tak gitu?

Isnin, 2 Mac 2015

Kehidupan selepas mati


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini dah 2mac
Alang alang ada usrah.teringin kata hati ingin kongsi isi

Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.

Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing- masing dalam keadaan yang sungguh terpinga pinga

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

Rujuk surah yassin ayat 52-54.

ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.

Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing masing.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je kerana padatnya manusia pada hari tu.
         
Sebelum hisab bermula, kitab kitab amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang sorang  untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
         
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran jiran, kawan kawan dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak anak dan isteri).
      
Kita yang perempuan, jagalah diri  kita..jauhkan tudung yang singkat,  tak melepasi paras dada, ketat seluar dan baju... Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik adik lelaki kita, suami kita.

Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
        
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan..
Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.