Crying Like A Baby Monkey 'riniharani harani: Iman !-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

at a time when the seeds love, compassion and kindness in us grows, we will allow ourselves to bear

Orang cakap "Biar kurang rupa, jangan kurang ilmu. Biar kurang harta, jangan kurang ibadah. Biar kurang famous jangan kurang ajar

Khamis, 16 April 2015

Iman

Iman adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia, juga ke dalam hati manusia.

Berapa ramai di kalangan manusia yang dikurniakan nikmat iman ke dalam hati mereka tetapi masih belum beiman kepada Agama?

Berapa ramai di kalangan manusia yang dikurniakan nikmat iman tetapi masih tidak beriman kepada Rasul-Nya dan ingkar kepada Allah Taala?

Pada zaman Rasulullah, Abu Jahal mengetahui akan kebenaran bahawa Rasulullah adalah Nabi. Abu Lahab juga mengetahui bahawa Rasulullah adalah Nabi. Yahudi yang hidup pada zaman itu juga mengetahui bahawa Rasulullah adalah Nabi.

Tetapi mereka masih belum beriman kepada Rasulullah. Kerana apa?

Kerana hati mereka belum membenarkan untuk mereka beriman kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka.

Belum tentu orang yang mengetahui akan kebenaran itu, mereka akan beriman kepada kebenaran tersebut.

Maka dengan itu, barangsiapa yang beriman kepada sesuatu kebenaran tersebut, maka itu merupakan satu hadiah yang Allah kurniakan kepada orang tersebut, sesuai dengan sifatnya Allah Yang Maha Mengkehendaki.

Sabda Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam:

Allah mampu memberikan dunia kepada siapa yang Allah suka mahupun siapa sahaja yang Allah tidak suka. Tetapi Allah tidak memberikan agama dan iman kepada orang yang tidak Allah sukai.

Maka dengan demikian, Allah tidak menganugerahkan iman dan agama kepada sesiapa yang Allah tidak suka.

Sebesar besar pemberian dari Allah salah satunya adalah pemberian agama dan Iman. 😢 .

Disyarahkan oleh Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid dalam Kitab Shahih Bukhari [Bab Imam]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan