بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
.
Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. .
Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. .
Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.
.
Apakah 3 perkara itu?
.
- Mungkin minta maaf kepada orang yang tidak kita sukai.
- Mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan.
- Atau Membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). .
Carilah, carilah 3 perkara itu.
Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. .
Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.
.
Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siap untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan. .
Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan